Sunday, May 20, 2012


Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka, bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..

Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..

Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,

Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CINTAMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..

Saturday, April 28, 2012

Ummi Hamizah Binti Hairazi




Umie Hairazi

dialah teman.
dialah kakak.
dialah adik.
dialah boyfriend.
dialah girlfriend.

i just cant imagine how i can go through my life without her.
since she will further her study, my life wouldnt like before.
she care for me very much.
she know how i feel inside, coz she have been there before :)
hears what she said to me everyday, never make me feel bore.
i know she love me.
she doesnt want me to be guy victim like she had through before this.
i know who she is.
she is very kind-hearted, well.
and i just want you to know that we will never be far apart coz you are always in my heart and also my mind.


with love,
alia

Tuesday, March 20, 2012

muhasabah diri ini

bismillahirahmanirrahim

diam sebentar dan berfikir sejenak. Astaghfirullahalazim..terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup di bumi Allah ini..mana yang sedar mahupun tidak..kadangkala kita sering terlupa and leka apa yang kita nak buat, tengah buat or akan buat..adakah benda tuu baik or tidak sama sekali..kadangkala kita tak tahu apa hukum buat sesuatu tu..
kita selalu umpat orang and menghina org lain. sedangkan kita tahu apa yg orang tu sedang hadapi..kita tak tahu keadaan dan kesusahan orang lain..dan akhirnya kita tak sedar apa yang kita buat tuu dah mengecilkan hati orang lain..sebagai contoh, kita nampak kekurangan pada siri seseorang tu..dan kita pun berkata dalam hati 'ish, kenapa muka dia macam tu?'..haaa kan dah tambah satu dosa..

sebab tuu lebih banyak kan diam daripada berkata-kata..setiap kata-kata yg keluar dari mulut kita selalunya tanpa sedar dah buat orang lain kecil hati..even kita tak marah orang tu pun boleh buat dia terasa..so? renungkan lah.

cuba tengok makcik sapu sampah tuu..apa pandangan kita bila kita tengok dia menyapu sampah? mesti ada sesetengah orang yg tak berhati perut akan kutuk pekerjaan yg makcik tuu buat..sedangkan apa yg makcik tuu buat sebenarnya kerja halal..dan kita tak tahu apa sebab makcik tuu kerja macam tuu..mungkin dia orang susah..tapi pernah tak kita tegur makcik sapu sampah tuu? mesti tak kan? atau sekadar memberi secangkir senyuman? sebab kita rasa makcik tuu macam hina je..subhanallah..

pernah tak kita marah pada orang yg pangkatnya lagi rendah dari kita? atau kutuk mereka, sebab kita tak suka mereka..kalau kat sekolah, budak2 senior mesti nak tunjuk hebat depan adik2 junior kan? untuk apa semua ni? pernah tak kita kutuk orang yg jawatan nya lebih tinggi dari kita? sebab dia tak adil? fikirkan...

selalu ker kita tegur jiran kita yg jaraknya cuma sebelah pintu je? atau jiran2 kita buat hal masing2? apa salahnya kalau kita tegur dan bagi senyuman. sebab kalau ada apa-apa yg berlaku, jiranlah orang yg paling dekat dgn kita. baik buruk jiran kita, kita terima sajalah.

akhir sekali, perintah Allah. selalu tak kita tinggalkan perintah Allah? aku sendiri masih lalai..aku sendiri masih cuba memperbaiki diri ini. aku sendiri solat patuk-patuk ayam..aku masih tidak layak untuk dicontohi..

sama-samalah kita jaga diri kita..susahnya nak buat pahala. dan susahnya nak kekalkan pahala itu..



DALAM DIAM.. ✿ Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah DIA.. ✿ Diam-diam, kamu TERTARIK dengan penulisannya.. ✿ Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya.. ✿ Diam-diam, kamu MINAT dengan cara penyampaiannya.. ✿ Diam-diam, kamu COPY status di wallnya.. ✿ Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya.. ✿ Apa pun kamu buat, dalam DIAM saja.. Kamu diam dan terus berdiam kerana diam menjadi PILIHAN, untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri.. ♥



ya Allah ya tuhanku..kau permudahkanlah segala urusanku..kau tetapkanlah hatiku dan juga imanku..kerana sesungguhnya orang berpudah sahaja yg tahu bagaimana bila berpurdah..(:


(my dream. InsyaAllah. Amin.)


p/s : sesungguhnya penulisan ini masih banyak kekurangannya..^^


Saturday, March 17, 2012

from me to you


Sulit ku kira kehilangannya
Sakit terasa memikirkannya
Hancur warasku kau telah berlalu
Tinggalkan aku begitu
Rapuh hidupku remuk jantungku

Semua salahku tak jaga dirimu
Untuk hatiku sungguh ku tak sanggup
Semua terjadi seperti mimpi
Mimpi burukku kehilanganmu

Karena kamu nyawaku
Karena kamu nafasku
Karena kamu jantungku
Karena kamu

Rapuh hidupku remuk jantungku
Rapuh hidupku remuk jantungku

Semua salahku tak jaga dirimu
Untuk hatiku sungguh ku tak sanggup
Semua terjadi seperti mimpi
Mimpi burukku kehilanganmu

Karena kamu nyawaku
Karena kamu nafasku
Karena kamu jantungku
Karena kamu

Tanpa kamu ku lemah
Tanpa kamu ku resah
Tanpa kamu ku gundah
Tanpa kamu

Remuk jantungku


Tuesday, March 6, 2012

tudung labuh oh tudung labuh

bismillahirahmanirrahim

tudung tudung tudung. macam macam jenis tudung yang boleh kita lihat sekarang ni. ada yang jenis lilit. ada yang pendek daripada dada. ustaz azhar idrus kata 'lilitlah macam mana sekalipun, asalkan masih menutup aurat'. benar..

tetapi, kenapa masih ramai wanita islam yang tidak menutup aurat? perempuan mana yang tidak mahu cantik. tapi pakai tudng kan lagi cantik :)



Allah sayang aku. setiap hari aku akan berfikir sesuatu tntang tudung labuh. Allah kenalkan aku dengan insan yg bertudung labuh. lama kelamaan aku berminat untuk cuba menyarungkannya.
mula mula aku takut. takut kerana bila bertudung labuh, aku tidak lagi boleh gila gila macam dulu. namun takdir allah menemukan aku dengan insan yang bertudung labuh yg gila gila tapi masih menjaga adab dan pergaulan seorang muslimah.

aku tekad. dengan hanya satu hlai tudung bidang 60 yang aku miliki, aku mula memakainya. tapi tidak lah secara mendadak. mungkin aku masih lagi akan bertudung biasa tetapi mestilah mnutupi dada..
ingat! berjilbab adalah memakai pnutup kepala dan menutupi dada..
kadang kala aku takut. mungkin akan ada mulut mulut yg berkata 'perangai tak serupa tudung'..

tudung tabuh bukanlah tanda siri ini sorang yang alim.. ttapi dengan bertudung labuh, kita akan terlindung daripada perkara2 buruk. moga kerana tudung ini, hati aku akan sentiasa terjaga, perlakuan ku akan sentiasa di awasi, dan akhlak akna sentiasa terjaga.

sisters ,jangan lembik! binalah kekuatan.


bismillahirahmanirrahim


sering kali aku terdengar pertanyaan dan aduan daripada para wanita tentang cinta. apakah itu semua menjadi landasan hidup para remaja zaman sekarang? aku tidaklah sehebat ahli agama. tetapi sekadar berkongsi rasa. aku bukanlah baik tetapi cuba untuk menjadi baik. Cinta? banyak persoalan yang diterima tapi situasi nya masih sama barangkali.

wanita terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.

mengapa?

merasa diri itu mahal
wanita, lembutmu tidak beerti boleh dijual beli. jangan biarkan telingamu mendengar usikan seorang lelaki 'hai?'. walaupun hanya tiga huruf. mungkin boleh mengeheret kita ke landasan yang salah. aku sentiasa percaya bahawa wanita itu mahal. mungkin kerana aku juga seorang wanita barangkali. jadi, dengan mahalnya seseorang itu, hendaklah dijaga dan 'disimpan rapi'. dalam Islam itu sendiri mengangkat martabat seorang wanita. ketika zaman jahiliyah, taraf wanita begitu rendah. wanita dijadikan hamba. ketika roda perdaran zaman semakin brputar ligat, masih adakah lagi taraf wanita begitu? Tidak! aku yakin!

tetapi pada zaman yang semakin moden ini, wanita jugalah yang dijadikan lambang seks dan hamba, islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita.

pendapat aku, jika wanita masih tahu menjaga adab dan batas pergaulan, mungkin perkara sebegitu tidak akan terjadi.

jadi, anita semestinya memilih jalan hidup di landasan yang betul.


dua jenis wanita
satu yang terlalu mudah menerima
dan yang terlalu sukar membuka hatinya.

bagi aku, kedua duanya tidak elok. Islam sendiri bukan agama paksaan.
tetapi wanita perlu ada prinsip nya sendiri. untuk memilih dan menerima. jika memberi, tetapkan satu prinsip dan letakkan anda di level yang tinggi sikit.
kesimpulannya , letakkan prinsip yang jelas.
dan gunakan prinsip anda.

jangan terlalu mudah menerima!


alhamdulillah.








Friday, February 24, 2012

Sebab Allah temukan kita dengan orang yang salah


bismillahirahmanirrahim

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011