Tuesday, March 20, 2012

muhasabah diri ini

bismillahirahmanirrahim

diam sebentar dan berfikir sejenak. Astaghfirullahalazim..terlampau banyak dosa yang telah aku lakukan selama aku hidup di bumi Allah ini..mana yang sedar mahupun tidak..kadangkala kita sering terlupa and leka apa yang kita nak buat, tengah buat or akan buat..adakah benda tuu baik or tidak sama sekali..kadangkala kita tak tahu apa hukum buat sesuatu tu..
kita selalu umpat orang and menghina org lain. sedangkan kita tahu apa yg orang tu sedang hadapi..kita tak tahu keadaan dan kesusahan orang lain..dan akhirnya kita tak sedar apa yang kita buat tuu dah mengecilkan hati orang lain..sebagai contoh, kita nampak kekurangan pada siri seseorang tu..dan kita pun berkata dalam hati 'ish, kenapa muka dia macam tu?'..haaa kan dah tambah satu dosa..

sebab tuu lebih banyak kan diam daripada berkata-kata..setiap kata-kata yg keluar dari mulut kita selalunya tanpa sedar dah buat orang lain kecil hati..even kita tak marah orang tu pun boleh buat dia terasa..so? renungkan lah.

cuba tengok makcik sapu sampah tuu..apa pandangan kita bila kita tengok dia menyapu sampah? mesti ada sesetengah orang yg tak berhati perut akan kutuk pekerjaan yg makcik tuu buat..sedangkan apa yg makcik tuu buat sebenarnya kerja halal..dan kita tak tahu apa sebab makcik tuu kerja macam tuu..mungkin dia orang susah..tapi pernah tak kita tegur makcik sapu sampah tuu? mesti tak kan? atau sekadar memberi secangkir senyuman? sebab kita rasa makcik tuu macam hina je..subhanallah..

pernah tak kita marah pada orang yg pangkatnya lagi rendah dari kita? atau kutuk mereka, sebab kita tak suka mereka..kalau kat sekolah, budak2 senior mesti nak tunjuk hebat depan adik2 junior kan? untuk apa semua ni? pernah tak kita kutuk orang yg jawatan nya lebih tinggi dari kita? sebab dia tak adil? fikirkan...

selalu ker kita tegur jiran kita yg jaraknya cuma sebelah pintu je? atau jiran2 kita buat hal masing2? apa salahnya kalau kita tegur dan bagi senyuman. sebab kalau ada apa-apa yg berlaku, jiranlah orang yg paling dekat dgn kita. baik buruk jiran kita, kita terima sajalah.

akhir sekali, perintah Allah. selalu tak kita tinggalkan perintah Allah? aku sendiri masih lalai..aku sendiri masih cuba memperbaiki diri ini. aku sendiri solat patuk-patuk ayam..aku masih tidak layak untuk dicontohi..

sama-samalah kita jaga diri kita..susahnya nak buat pahala. dan susahnya nak kekalkan pahala itu..



DALAM DIAM.. ✿ Dalam diam, kamu LIHAT facebook dakwah DIA.. ✿ Diam-diam, kamu TERTARIK dengan penulisannya.. ✿ Diam-diam, kamu SUKA gaya bahasanya.. ✿ Diam-diam, kamu MINAT dengan cara penyampaiannya.. ✿ Diam-diam, kamu COPY status di wallnya.. ✿ Diam-diam, kamu IKUTI perkembangannya.. ✿ Apa pun kamu buat, dalam DIAM saja.. Kamu diam dan terus berdiam kerana diam menjadi PILIHAN, untuk KEBAIKAN diri kamu sendiri.. ♥



ya Allah ya tuhanku..kau permudahkanlah segala urusanku..kau tetapkanlah hatiku dan juga imanku..kerana sesungguhnya orang berpudah sahaja yg tahu bagaimana bila berpurdah..(:


(my dream. InsyaAllah. Amin.)


p/s : sesungguhnya penulisan ini masih banyak kekurangannya..^^


No comments:

 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011