Tuesday, March 6, 2012

sisters ,jangan lembik! binalah kekuatan.


bismillahirahmanirrahim


sering kali aku terdengar pertanyaan dan aduan daripada para wanita tentang cinta. apakah itu semua menjadi landasan hidup para remaja zaman sekarang? aku tidaklah sehebat ahli agama. tetapi sekadar berkongsi rasa. aku bukanlah baik tetapi cuba untuk menjadi baik. Cinta? banyak persoalan yang diterima tapi situasi nya masih sama barangkali.

wanita terlalu mudah membiarkan hati disentuhi.

mengapa?

merasa diri itu mahal
wanita, lembutmu tidak beerti boleh dijual beli. jangan biarkan telingamu mendengar usikan seorang lelaki 'hai?'. walaupun hanya tiga huruf. mungkin boleh mengeheret kita ke landasan yang salah. aku sentiasa percaya bahawa wanita itu mahal. mungkin kerana aku juga seorang wanita barangkali. jadi, dengan mahalnya seseorang itu, hendaklah dijaga dan 'disimpan rapi'. dalam Islam itu sendiri mengangkat martabat seorang wanita. ketika zaman jahiliyah, taraf wanita begitu rendah. wanita dijadikan hamba. ketika roda perdaran zaman semakin brputar ligat, masih adakah lagi taraf wanita begitu? Tidak! aku yakin!

tetapi pada zaman yang semakin moden ini, wanita jugalah yang dijadikan lambang seks dan hamba, islam adalah yang menyelamatkan maruah wanita.

pendapat aku, jika wanita masih tahu menjaga adab dan batas pergaulan, mungkin perkara sebegitu tidak akan terjadi.

jadi, anita semestinya memilih jalan hidup di landasan yang betul.


dua jenis wanita
satu yang terlalu mudah menerima
dan yang terlalu sukar membuka hatinya.

bagi aku, kedua duanya tidak elok. Islam sendiri bukan agama paksaan.
tetapi wanita perlu ada prinsip nya sendiri. untuk memilih dan menerima. jika memberi, tetapkan satu prinsip dan letakkan anda di level yang tinggi sikit.
kesimpulannya , letakkan prinsip yang jelas.
dan gunakan prinsip anda.

jangan terlalu mudah menerima!


alhamdulillah.








No comments:

 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011