Saturday, February 4, 2012

Resepi 1 : Apam Polkadot

bismillahirahmanirrahim

tengok gamba kat atas tuu..
mesti ada kene mengena dengan entri kali nie..
hari nie alya nak share sikit resepi n cara cara buat APAM POLKA DOT..
haaa...nama dia comel kan?
jom buat!


step 1 : sediakan bahan2 ni dulu yer anak-anak


Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna


step 2 :


cara-cara :

  1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan citarasa
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
haaa. senang jerr. bila dah siap, anda bole hiaskan dot dot mengikut citarasa masing-masing.
bole buat "ladybug" , nak buat "capital" pon boleee. =)

haaaa...yg nie ladybug punyaaa.. comel kan?


ini yang Angry Bird punya.. sape sape yg addicted sangat dengan angry bird, bole lah cuba...

kalau dah pandai buat, bole ler buat bisnes pulakk ek..
okay..
selamat mencuba!

No comments:

 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011