Tuesday, February 21, 2012

LOVE is CINTA


bismillahirahmanirrahim


love is cinta?
tetibe je kan?
hahahaha.
lepas blogwalking tadi, aku tertarik dengan satu entry nieee.
memang interesting sangat!
nak baca tak???
jommmm!

Antara tanda2 seorang lelaki jatuh cinta kepada seorang wanita ialah :

Love 1 : Dia bersungguh2 melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela dan bukan sebab terpaksa.

Love 2 : Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Love 3 : Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Love 4 : Dia berusaha mengongkong pergerakan kekasihnya kerana perasaan cemburu yang meluap-luap.

Love 5 : Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Love 6 : Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana berasa curiga.

Love 7 : Dia tidak suka dan tidak mahu ada lelaki rapat dengan kekasihnya.

Love 8 : Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

Love 9 : Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang mahukan perhatian daripada kesaihnya dan mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain

Love 10 : Dia boleh menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya.

Love 11 : Dia pandai merajuk dan ingin kekasihnya memujuknya.

Love 12 : Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan terlalu lama.

Love 13 : Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

Love 14 : Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada diri sendiri.

Love 15 : Dia kerap bertanya adakan kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Love 16 : Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Love 17 : Dia cuba meluangkan masa lebih banyak dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar (agak-agak kalau kene tunggu 5 jam, naik hangin tak?)

Love 18 : Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Love 19 : Kalau ditinggalkan kekasihnya, dia kan berasa serik dan tidak akan mencintai dan percaya akan perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya akn kembali kepadanya.

Love 20 : Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja demi merebut kekasihnya kembali.

Love 21 : Dia menganggap kekasihnya sebagai orang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri (siapa sanggup? hahaha)

Love 22 : Dia tidak akn berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian bererti dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya. (percayalaa, lelaki tak kan setia)

Love 23 : Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita tapi dia sanggup berbuat demikian.

p/s: yang diBOLD ada laa tempias kat aku sikit2. tapi bukan aku yang buat. ^__^

emm, seronoknya kalau dapat bercinta selepas kahwin *__*


No comments:

 
Template Edited By Nurlyana Izyan ♥ All Rights Reserved © 20 Dec 2011