SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA.
Lately ni,banyak sangat dengar orang mengadu masalah..YA..semua orang pun ada masalah..kalau tak, bukan hidup namanya..dari mana datang masalah itu kadang kala menjadi tanda tanya..kadang2 ada masalah yang boleh dishare dgn kawan2..kadang2 ianya privacy..tapiiiiii, tak kan kita nak pendam masalah tuu sampai satu hari nanti hati jadi busuk..
Kadang2 ada orang yang tak puas hati dgn kita..kalau boleh, setiap masa dia nak umpat n kutuk2 kita..orang yang macam ni, lebih baik jauhkan..kadang2 kita tak buat apa apa pada dia..tapi dia tetap nak carik semua salah kita..orang macam ni bahaya..dorang boleh buat apa yang dorang nak asalkan hati dorang puas..dorang suka tengok kita jatuh..dorang suka kalau kawan2 rapat kita lari jauhkan diri dari kita.. ASTAGHFIRULLAHALAZIM..
Setiap hari kita punya masalah tersendiri..masalah keluarga, sekolah, kerja, kawan2, suami, isteri, putus cinta n so on..tapi tak semestinya semua masalah tuu tak ada jalan penyelesaiannya..cuma take time dan kene banyak bersabar..ada orang tu tak usaha apa apa lepas tuu terus putus asa..kita ada agama..kita ada ALLAH..mengadulah padaNya..INSYAALLAH..
Manusia punya keinginan tersendiri..kadang2 kita tengok orang ada I Phone 4, kita pun nak jugak..tapi belum tentu mampu..kita brsyukur laa dengan apa yang kita ada..jangan laa terlalu nak ikut orang..orang tuu kemampuan dia lain..kita ni lain..so?? fikir2kan lahh wahai teman..
Sebagai contoh, manusia ni ada rambut sama hitam. tapi hati lain2..ada yang berhati busuk..ada yang baik hati..tapi tak semuanya jahat..entri kali ni bukan untuk reader sahaja..tp untuk saya jgk..sebagai peringatan untuk diri sendiri..
Janganlahh kita bersedih sebab Allah sentiasa ada dengan kita..kalau kita nampak setiap yang berlaku tuu ada hikmahnya..cuma kita sendiri tak tahu apa dia sebab itu semua rahsia Allah..kita sebagai hamba kena berdoa supaya jalan hidup kita dipermudahkan..
Bila Allah tak kurniakan apa yang kita hajatkan, jangan putus putus untuk berdoa..sebab Allah lah tempat kita bergantung memohon perlindungan dan apa yang kita hajatkan..jangan pulak bila kita susah baru nak berdoa..salah tuu..^___^
Dan jangan fikir kawan2 n boyfriend/girlfrieng aje yg boleh bagi kebahagiaan kat kita..tapi Allah lebih banyak bagi kebahagiaan kat kita..teringat pulak kat satu buku yg saya pernah baca..tajuknya DON'T BE SAD..buku2 yang berkaitan dengan agama banyak bantu kita untuk naikkan balik semangat kita kalau kita tengah down...banyak buku2 yang sewaktu dengannya dijual kat kedai buku..walaupun kita minat baca novel cintan cintun, tapi jangan lupa pada buku2 agama..ada baiknya kalau kita baca buku2 agama ni..saya tak cakap saya ni alim..tapi kita kene ingat pada akhirat jugak..tak semestinya duniawi ni dapat bagi kita sepenuh2 kebahagiaan..kita tak boleh nilai seseorang manusia dari luaran..
Kadang2 saya pun buat dosa..solat pun patuk2 ayam..kadang2 solat bila dah nak habis waktu..ada orang yang menjaga solat dan waktu solat..tapi tak menutup aurat.. MACAM MANA TU???..tak semestinya ORANG YANG DUDUK KELAS KAA (KELAS ALIRAN AGAMA) tu baik & alim..kadang2 dorang laa yg banyak buat silap jugak..*harap maaf..ini berdasarkan observation saya saja..
Manusia ni sukakan hiburan sahaja..kalau ada konsert tu, konsert ni,,confirm ramai yang datang..tapi kalau ada ceramah agama,,bila dibilang dengan jari je berapa ramai yang datang..
Lontaran persoalan demi persoalan kita ajukan demi mencari erti sebuah kehidupan yang hakiki..tapi masih mencari jawapannya..duduk dan renungkan..
Kadang2 saya semakin takut untuk meneruskan kehidupan yang semakin banyak ditaburi dengan fitnah dan dosa..manusia semakin jahik tentang agama..melihat manusia yang semakin bermuka muka dan bertopengkan syaitan..NAUZUBILLAH..
Sebenar benarnya, apa yang kita cari dalam hidup???..janganlah kita terlalu bermegah2 dengan apa yang kita ada..sebab Allah boleh tarik balik semuanya..so, kita kene sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang..
Saya nak tulis..idea memang banyak..tapi terabur..^___^
Sekian, wassalam.
with love,
nooralianajwabintizaid

No comments:
Post a Comment